Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Isnin, 13 Februari 2012

Apa Itu Rota Virus?

Apa itu jangkitan Rotavirus?

Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.



Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

Cirit birit berlarutan
Muntah berterusan
Sakit perut
Demam dan selsema
Bau najis terlalu busuk
Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Cara Mencegah Wabak Rotavirus.

- masak air sebelum di minum
- basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
- bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
- kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
- masak dengan sempurna
- bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..

Marilah kita sama-sama mengambil perhatian tentang wabak ini.. Semoga anak2 kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera..

11 ulasan:

  1. thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

    BalasPadam
  2. Rasa pelik jika seorang doktor itu tdak tahu atau tidak menyatakan nama penyakit tersebut walaupun simtom2 pesakit ITU adalah sama.... Pelik kan.... Sampai waris pesakit ITU sendiri yg menyatakan nama sebenar penyakit ITU, Dan doktor2 tersebut memandang antara satu sama lain,lalu berstuju dgn jawapan waris pesakit tersebut..... Sapa yg doktor sebenarnya ni???? Belajar buang masa saja.... Useless

    BalasPadam
  3. Rasa pelik jika seorang doktor itu tdak tahu atau tidak menyatakan nama penyakit tersebut walaupun simtom2 pesakit ITU adalah sama.... Pelik kan.... Sampai waris pesakit ITU sendiri yg menyatakan nama sebenar penyakit ITU, Dan doktor2 tersebut memandang antara satu sama lain,lalu berstuju dgn jawapan waris pesakit tersebut..... Sapa yg doktor sebenarnya ni???? Belajar buang masa saja.... Useless

    BalasPadam
  4. Rasa pelik jika seorang doktor itu tdak tahu atau tidak menyatakan nama penyakit tersebut walaupun simtom2 pesakit ITU adalah sama.... Pelik kan.... Sampai waris pesakit ITU sendiri yg menyatakan nama sebenar penyakit ITU, Dan doktor2 tersebut memandang antara satu sama lain,lalu berstuju dgn jawapan waris pesakit tersebut..... Sapa yg doktor sebenarnya ni???? Belajar buang masa saja.... Useless please comments on me

    BalasPadam
  5. Rasa pelik jika seorang doktor itu tdak tahu atau tidak menyatakan nama penyakit tersebut walaupun simtom2 pesakit ITU adalah sama.... Pelik kan.... Sampai waris pesakit ITU sendiri yg menyatakan nama sebenar penyakit ITU, Dan doktor2 tersebut memandang antara satu sama lain,lalu berstuju dgn jawapan waris pesakit tersebut..... Sapa yg doktor sebenarnya ni???? Belajar buang masa saja.... Useless please comments on me

    BalasPadam
  6. Anak saya sudah 2 hari muntah2 dn curit birit

    BalasPadam
  7. terima kasih fatimatuzzahra..bila baca artikel di blog awk tu bru sya tau yg virus rota nie bahaya...sbb anak saya dh agak teruk jgk cirit birit dan demam..doctor dh suggest bwk ke hospital mulanya saya risau nk bwk tp lps baca artikel tu trs sya ketepikan rasa risau tu & bwk ank ke hospital...thanks for sharing

    BalasPadam
  8. Kalau dye kne berak2 sje xde muntah or demam mcm mne Pula n then bila buat ujian darah ad kuman tp xthu kuman ap... So cmne Pula tu

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas ulasan ini sy dan anak saya baru sahaja beransur pulih selepas menjalani rawatan di HUSM k.krian..alhamdulilah syukur y terhingga dapat berkerja dengan biasa

    BalasPadam