Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Selasa, 8 Disember 2009

Karnival MEGA book_sale@library

Karnival MEGA book_sale@library

Merupakan kemuncak bagi akitiviti bulanan book_sale@library oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dalam usaha membawa maklumat lebih dekat kepada peminat-peminat buku. Program akan disertai oleh lebih dari 10 pembekal buku di tapak jualan yang akan disediakan disamping itu juga akan dibawa penulis-penulis buku untuk beramah mesra dengan pengunjung yang datang .

Tarikh program ialah bermula dari 10 - 12 Disember 2009 di perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak , No 17 , Jalan Raja Di Hilir Ipoh . Berbagai-bagai acara menarik akan diadakan sepanjang 3 hari program berlangsung seperti pertandingan2 permmainan untuk berbagai peringkat , kuiz , kursus ICT , bengkel , cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 05-2491888 .

Isnin, 7 Disember 2009

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selamat datang ke laman mikro Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Saya pasti ramai yang teruja dengan peraduan yang bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010 nanti. Apa tidaknya, pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.

Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.

PTS berharap program seumpama ini dapat menggalakkan khususnya para pelajar dan remaja menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah. Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun.

Banyak hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Saya pasti golongan sasar iaitu pelajar dan remaja menyukainya. Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain. Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.

Bagi pemenang hadiah utama pula, mereka bakal menerima hadiah berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Apa yang menarik, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.

PTS turut menyediakan hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu. Hadiahnya berupa buku PTS bernilai RM3,000. Sekolah yang memenangi hadiah ini bolehlah menjadikan hadiah buku itu sebahagian daripada koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.

Peraduan yang dianjurkan ini cukup mudah untuk anda sertai. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.

Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.

Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang! ini mendapat kerjasama daripada lebih 200 kedai buku seluruh Malaysia. Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mempunyai anak-anak, jangan lepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak ke kedai-kedai buku berhampiran bagi membeli buku PTS.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik butang-butang berkaitan pada laman mikro ini. Anda juga boleh mengajukan sebarang soalan mengenai peraduan ini dengan mengklik butang ‘Hubungi’.

Selamat membaca pada musim cuti sekolah dan selamat menyertai Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang!

Terima kasih.


NORHAZIZAM ABDUL RAHMAN
Pengurus
Jabatan Pemasaran
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahad, 6 Disember 2009

Automasi SIAPs

Kemasukan data untuk Automasi SIAPs sedang dijalankan.
Sehubungan dengan itu,PSS SK Rungkup ditutup untuk operasi sehingga dimaklumkan kelak.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 3 November 2009

Rakan NILAM



Rakan Nilam merupakan satu konsep pembentukan Komuniti Pembaca secara maya. Rakan Nilam menggunakan gabungan teknologi terkini untuk membolehkan maklumat pembacaan dikongsi secara meluas melalui laman web, SMS, MMS dan juga email.

Melalui konsep Rakan Nilam, maklumat pembacaan tidak lagi disimpan disesebuah sekolah sahaja, maklumat pembacaan kini telah boleh dikongsi bersama dengan Sekolah-sekolah di seluruh negara. Dengan wujudnya Kelab Rakan Nilam secara online ini, tahap pembacaan telah boleh diukur dan boleh menjadi perbandingan diatara rakan nilam dan sekolah yang lain.

Synopsis rakan nilam juga boleh diakses dan dikongsi oleh rakan nilam yang lain. Rakan Nilam yang membaca buku yang sama boleh bertukar-tukar fikiran dan memulakan pembincangan diantara satu sama lain melalui forum rakan nilam yang diwujudkan.

Untuk menjadi Rakan Nilam, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web http://rakannilam.dapat.net. Nama pengenalan yang unik akan diberikan dan ianya boleh digunakan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan nilam yang lain.

Apa Itu PSS?


Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) merupakan satu tempat atau gedung ilmu dan bahan di mana kita mendapat maklumat yang diperlukan.

Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan dengan bersistematik bagi memudahkan pelanggan.

Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja memberi perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulumnya malah merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah mencapat matlamat wawasan negara.

SUDUT-SUDUT PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sudut-sudut Cadangan untuk PSS:


 

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

  1. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.

  2. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.

  3. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.

  4. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".

  5. Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

  1. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.

  2. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.

  3. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)

  1. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.

  2. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.

  3. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER

  1. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.

  2. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.

  3. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

  1. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.

  2. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.

  3. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU

  1. Menarik minat murid untuk membaca.

  2. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

7. SUDUT KUIZ BESTARI

  1. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.

  2. Meletak segala maklumat tentang pertandingan.

  3. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH

  1. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.

  2. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN

  1. Menambah pengetahuan murid tentang pantun.

  2. Mengekalkan budaya melayu.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

  1. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.

  2. Menghargai kejayaan sekolah.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA

Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:

  1. Sudut Mata Wang Sedunia

  2. Sudut Koleksi Setem Sedunia

  3. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.


 

  1. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.

  2. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.

  3. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM

  1. Menghargai bakat yang ada pada murid.

  2. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.

  3. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

13. SUDUT HASIL KERJA MURID

  1. Menghargai segala hasil kerja murid.

  2. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

14. SUDUT PERMAINAN

  1. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.

  2. Mengekalkan permainan tradisional

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT POHON ILMU

  1. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.

  2. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.

  3. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

16. SUDUT BERCERITA

  1. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.

  2. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

17. SUDUT MAYA PUPET

  1. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.

  2. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.


 

18. SUDUT WARISAN BUDAYA

  1. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.

  2. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA

  1. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.

  2. Menanam sikap menyintai negara sendiri.

  3. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

20. LAMAN BUSANA

  1. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.

  2. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

  1. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.

  2. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.

  3. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING

  1. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.

  2. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.

  3. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA

  1. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.

  2. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR

  1. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.

  2. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN GURU

  1. Memudahkan murid mencari bahan rujukan.

  2. Menarik minat guru ke perpustakaan.

26. SUDUT RUJUKAN MURID

  1. Memudahkan murid mencari bahan rujukan

  2. Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT KAKTUS

  1. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".

  2. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.

  3. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT MAJALAH

  1. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.

  2. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT HIDUPAN AIR

  1. Memperkenalkan benda hidup kepada murid.

  2. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

  1. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.

  2. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

31. SUDUT PROGRAM NILAM

  1. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.

  2. Melicinkan guru membuat analisis .

  3. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

32. SUDUT ANGKASA LEPAS

  1. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.

  2. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.

  3. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT JALAN RAYA

  1. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni

  2. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

  1. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.

  2. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT INFO AKURIUM

  1. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.

  2. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium

  3. Menarik minat murid ke perpustakaan.

36. SUDUT NOSTALGIA GURU

  1. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.

  2. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.

  3. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.

  4. Menarik minat murid ke perpustakaan.

Isnin, 26 Oktober 2009

PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN PSS

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulang buku.

3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.

4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di
dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

5. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

6. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.

8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kenali Buku

MENGENALI JENIS-JENIS BUKU

Buku Fiksyen

Buku Fiksyen Melayu
Buku Fiksyen Inggeris

Buku Bukan Fiksyen

Karya Am
Falsafah
Agama
Sains Kemasyarakatan
Bahasa
Sains Tulen
Teknologi
Kesenian
Kesusasteraan
Sejarah & Geografi


Buku Rujukan
Buku Rujukan Umum : -
Karya Am - 000 - 099
Falsafah - 100 - 199
Agama - 200 - 299
Sains Kemasyarakatan - 300 - 399
Bahasa - 400 – 499
Sains Tulen - 500 - 599
Teknologi - 600 - 699
Kesenian - 700 - 799

Buku Rujukan Am

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Antara buku rujukan am adalah:-

Almanak

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca.


Atlas

Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta, gambar rajah dan fakta-fakta dan data-data tentang sesuatu tempat; sesebuah tempat dan pelbagai maklumat lain berkenaan dengan sesebuah negeri atau Negara tertentu yang terdapat di seluruh dunia. Atlas mengandungi indeks yang memberikan baris-baris grid dan koordinasi untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-tempat berkenaan.

Direktori

Direktori adalah buku yang memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasi, individu, keahlian, data organisasi, alamat dan nombor telefon. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau perkara.

Ensiklopedia Umum

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Gazetir

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad.

Kamus

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Buku Rujukan Khas

Buku-buku Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :

Abstrak

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.

Bibliografi

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.

Biografi
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu.

Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

Glosari
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

Indeks

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.

Istilah

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

Khamis, 22 Oktober 2009


Kem Membaca 1Malaysia

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan program galakan membaca untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak merupakan satu inisiatif warga pendidikan Negeri Perak bagi menyahut cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional (National Key Results Area) yang ketiga iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam ucapan beliau di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC pada 27 Julai 2009 di Dewan Plenari, PICC Putrajaya, beliau mencadangkan agar Program Kem Membaca 1 Malaysia dilaksanakan.


Objektif

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak akan dilaksanakan mulai 26 Oktober 2009 hingga 5 November 2009. Kem ini melibatkan guru dan murid seluruh Negeri Perak.
[ Sila rujuk Surat Siaran BTPN(PK-UPSP)8871/4/1(60) bertarikh 20 September 2009 : Kem Membaca 1 Malaysia ]


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak dijadualkan berlangsung pada 3 November 2009 di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia. Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Radzi bin Jabar, Pengarah Pelajaran Negeri Perak.
Pemilihan Sekolah Kebangsaan Rapat Setia sebagai tuan rumah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan pada 29 Oktober 2009. Pemilihan ini adalah berdasarkan kecemerlangan yang ditonjolkan dalam pelbagai bidang pendidikan.


Pengisian program

Dalam tempoh tarikh pelaksanaan kem ini, sekolah-sekolah perlu melaksanakan program-program galakan membaca yang bersesuaian dengan aras murid. Antara pengisian yang dicadangkan ialah :

  • Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (serentak seluruh negara)
  • Minit Bersama Buku
  • Projek Kitar Semula Buku
  • Klinik Membaca
  • Bercerita
  • Kuiz Membaca
  • Sketsa
  • Info Hunt/ Jejak Maklumat
  • Membaca Bersama
  • Choral Speaking
  • Penulisan Kreatif
  • Resensi Buku
  • Bacaan Kegemaran Saya
  • Pidato
  • Perbahasan
  • Ulasan Buku

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Selamat datang ke PSS SK Rungkup...