Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Isnin, 26 Oktober 2009

PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN PSS

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulang buku.

3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.

4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di
dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

5. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

6. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.

8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kenali Buku

MENGENALI JENIS-JENIS BUKU

Buku Fiksyen

Buku Fiksyen Melayu
Buku Fiksyen Inggeris

Buku Bukan Fiksyen

Karya Am
Falsafah
Agama
Sains Kemasyarakatan
Bahasa
Sains Tulen
Teknologi
Kesenian
Kesusasteraan
Sejarah & Geografi


Buku Rujukan
Buku Rujukan Umum : -
Karya Am - 000 - 099
Falsafah - 100 - 199
Agama - 200 - 299
Sains Kemasyarakatan - 300 - 399
Bahasa - 400 – 499
Sains Tulen - 500 - 599
Teknologi - 600 - 699
Kesenian - 700 - 799

Buku Rujukan Am

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Antara buku rujukan am adalah:-

Almanak

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca.


Atlas

Atlas merupakan buku yang mengandungi peta-peta, gambar rajah dan fakta-fakta dan data-data tentang sesuatu tempat; sesebuah tempat dan pelbagai maklumat lain berkenaan dengan sesebuah negeri atau Negara tertentu yang terdapat di seluruh dunia. Atlas mengandungi indeks yang memberikan baris-baris grid dan koordinasi untuk mencari lokasi tempat atau menentukan tempat-tempat berkenaan.

Direktori

Direktori adalah buku yang memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasi, individu, keahlian, data organisasi, alamat dan nombor telefon. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau perkara.

Ensiklopedia Umum

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Gazetir

Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad.

Kamus

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Buku Rujukan Khas

Buku-buku Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :

Abstrak

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.

Bibliografi

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.

Biografi
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu.

Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.

Glosari
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.

Indeks

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.

Istilah

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

Khamis, 22 Oktober 2009


Kem Membaca 1Malaysia

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan program galakan membaca untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak merupakan satu inisiatif warga pendidikan Negeri Perak bagi menyahut cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional (National Key Results Area) yang ketiga iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam ucapan beliau di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC pada 27 Julai 2009 di Dewan Plenari, PICC Putrajaya, beliau mencadangkan agar Program Kem Membaca 1 Malaysia dilaksanakan.


Objektif

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak akan dilaksanakan mulai 26 Oktober 2009 hingga 5 November 2009. Kem ini melibatkan guru dan murid seluruh Negeri Perak.
[ Sila rujuk Surat Siaran BTPN(PK-UPSP)8871/4/1(60) bertarikh 20 September 2009 : Kem Membaca 1 Malaysia ]


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak dijadualkan berlangsung pada 3 November 2009 di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia. Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Radzi bin Jabar, Pengarah Pelajaran Negeri Perak.
Pemilihan Sekolah Kebangsaan Rapat Setia sebagai tuan rumah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan pada 29 Oktober 2009. Pemilihan ini adalah berdasarkan kecemerlangan yang ditonjolkan dalam pelbagai bidang pendidikan.


Pengisian program

Dalam tempoh tarikh pelaksanaan kem ini, sekolah-sekolah perlu melaksanakan program-program galakan membaca yang bersesuaian dengan aras murid. Antara pengisian yang dicadangkan ialah :

  • Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (serentak seluruh negara)
  • Minit Bersama Buku
  • Projek Kitar Semula Buku
  • Klinik Membaca
  • Bercerita
  • Kuiz Membaca
  • Sketsa
  • Info Hunt/ Jejak Maklumat
  • Membaca Bersama
  • Choral Speaking
  • Penulisan Kreatif
  • Resensi Buku
  • Bacaan Kegemaran Saya
  • Pidato
  • Perbahasan
  • Ulasan Buku

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Selamat datang ke PSS SK Rungkup...