Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Rabu, 20 November 2013

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Amanina binti Mahmud dan adik Nur Fatrah binti Ghazali di atas pencapaian 4A 1B dalam UPSR 2013!

Tahniah juga kepada semua murid SK Rungkup di atas pencapaian anda.

Jadikan pencapaian anda hari ini sebagai pembakar semangat untuk kejayaan masa hadapan!

Logo Baharu KPM

 Logo baharu Kementerian Pendidikan Malaysia:

 Visi dan misi KPM yang baharu adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


Isnin, 11 November 2013

What is Frog VLE?


WHAT IS THE FROG VLE?

Think of Frog as a social network for schools.

The Frog Virtual Learning Environment (VLE) is a web-based learning system that replicates real-world learning by integrating virtual equivalents of conventional concepts of education. For example, teachers can assign lessons, tests, and marks virtually, while students can submit homework and view their marks through the VLE. Parents can view school news and important documents while school administrators can organise their school calendars and disseminate school notices via the Internet.

LEARNING BEYOND BOUNDARIES

With the VLE, education does not have to be confined to a traditional classroom. Learning can take place anywhere, anytime.

Frog’s easy-to-use system allows students and teachers to search for almost anything on the internet (videos, images, educational resources) and build it into a sleek-looking Site, without needing any technical expertise. The Frog VLE is also a gateway to a plethora of educational resources and cool apps from around the web, all accessible within a safe, filtered environment.

Teachers  visitytl_btn
Students  visitytl_btn
Parents  visitytl_btn
Frog is simple, easy-to-use, and designed to take teaching to a whole new level. Assign and keep track of students’ work and marks, create teaching resources, and connect with other educators. Plan your time better with the calendar, which allows you to view, create, join or add events.Learning is fun and personalised with Frog. Explore exciting videos, games, and posts on The Pond, personalise your home page, upload and save files on the cloud, complete assignments anytime, anywhere, and share ideas with classmates and teachers.Keep track of school events, PTA reports and school notices with the calendar and school notice board, find all the contact details you need on the Contact School page, and download permission forms and other important documents at your convenience.

Keputusan UPSR 14 November 2013

Keputusan UPSR Khamis depan - Lembaga Peperiksaan

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan Khamis, 14 November ini, kata Lembaga Peperiksaan hari ini.

Lembaga itu dalam satu kenyataan berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR melalui mySMS menerusi talian 15888.
"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 14 November dan ditamatkan pada 11.59 malam pada 20 November," kata kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah mendaftar menduduki UPSR di 8,268 pusat peperiksaan seluruh negara. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131107/dn_22/Keputusan-UPSR-Khamis-depan---Lembaga-Peperiksaan#ixzz2kLtBJQNZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 14/11/2013
Masa: 2.00 - 5.00 p.m.
Tempat: Kantin Sekolah

Semua ibu bapa / penjaga dan murid dijemput hadir.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mencapai kecemerlangan dalam kurikulum dan sahsiah!

Hari Anugerah Ko-Kurikulum

Sambutan Hari Anugerah Ko-kurikulum akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 12/11/2013
Masa: 10.00 a.m. - 1.00 p.m.
Tempat: Kantin Sekolah

Semua ibu bapa/ penjaga dan murid dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.

Kursus KSSR Bahasa Inggeris Tahun 4 2013

Kursus KSSR Bahasa Inggeris Tahun 4 2013 telah diadakan seperti yang  berikut:

Tarikh: 06/11/2013 - 09/11/2013
Masa: 8.00 a.m.- 4.30 p.m.
Tempat: Dewan Cempaka, PPD Lama

Bahan KSSR boleh didapati di laman sesawang PPD Hilir Perak.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Terima kasih... Jasamu dikenang

Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Saniah Bangi di atas pertukaran beliau ke SK Sg. Buloh  sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Tahniah! Jasamu dikenang dan semoga dapat terus menjalankan tugas dengan cemerlang di sekolah baharu!

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR

Ceramah Kemahiran belajar akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 25 Oktober 2013
Masa: 9.00 pagi
Tajuk Ceramah: Ceramah Kemahiran Belajar- Persediaan 2014
Disampaikan oleh: Tn. Hj. Redzuan bin Hamzah
Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj. Redzuan diatas kesudiaan menyampaikan ceramah.

Selasa, 22 Oktober 2013

Menariknya Sains....

Jom lawati National Geographic For Kids untuk aktiviti yang menarik!
Klik pada link di bawah..

National Geographic For Kids

HEBAHAN PROGRAM FESTIVAL SAINS DI PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara akan mengadakan program Festival Sains 2013 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 hingga 5 November 2013
Tempat : Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Gunung Keriang, Alor Setar
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Aktiviti : Pameran bertemakan ”Energy World”
Muzik Kreatif
”Scientist In The House”
”Giant Soap Bubble”

Mereka yang berminat bolehla mengunjungi festival tersebut.

Khamis, 10 Oktober 2013

Ceramah Penyakit Tikus dan Langkah Pencegahan

Ceramah seperti di atas telah diadakan dengan jayanya seperti yang berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2013

Masa: 11 pagi - 1 ptg

Tempat: Makmal Komputer

Ceramah disampaikan oleh En Muhammad Zulfi Azfar dari Unit Kawalan Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

Isnin, 30 September 2013

Berbaik Sangka

Pada perhimpunan pagi tadi, Ustazah Jamilah telah menyebut tentang Bersngka baik atau Husnuzon. Artikel berikut diambil dari laman blog UstazNorAmin bagi mereka yang inginkan bacaan lanjut...

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)

Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.

Buruk Sangka

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.

Sangka Buruk Yang Harus

Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristiqfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.

Tarian 1malaysia

Tarian 1malaysia telah dipersembahkan oleh murid Prasekolah SK Rungkup di perhimpunan pagi Isnin.

Isnin, 26 Ogos 2013

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Semasa sambutan kemerdekaan ke 40, pada 31 Ogos 1997 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia.

Khamis, 22 Ogos 2013

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Semangat Nasionalisme

Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

merdeka

Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya

Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Kempen kawalan tikus peringkat kebangsaan dilancar

11 Ogos 2013

KOTA KINABALU - Kerajaan akan mengadakan kempen kawalan tikus secara besar-besaran dengan pelancaran peringkat kebangsaan pada 24 Ogos ini di bandar raya ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman kesihatan yang dibawa oleh tikus itu akan diadakan serentak di seluruh negara.

"Beberapa bulan lalu insiden penyakit kencing tikus banyak dilapor oleh media dan saya mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen besar-besaran iaitu Kempen Kawalan (Antikencing) Tikus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di sini hari ini.

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor, pembantu-pembantu menteri, wakil rakyat dan pemimpin parti politik negeri ini.

Abdul Rahman berkata kempen itu memberi penekanan tentang pentingnya orang ramai menjaga kebersihan di kawasan perumahan, premis, restoran atau kedai masing-masing supaya tidak menjadi tempat pembiakan tikus.

"Rumah atau persekitaran yang kotor pastinya menarik perhatian tikus untuk membiak di kawasan itu," katanya.

Mengenai cadangan agar program perumahan transit diperluaskan kepada golongan bujang, Abdul Rahman berkata buat sementara waktu ini keutamaan adalah kepada pasangan muda yang baharu berkahwin.

"Memang ada permintaan supaya golongan bujang diberi peluang mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tetapi ini bergantung kepada keperluan dan bekalan rumah," katanya.

Dalam hal ini Abdul Rahman berkata kerajaan perlu membina lebih banyak PPR bagi menampung keperluan di seluruh negara. - Bernama

Selasa, 30 Julai 2013

Majlis Penutup Bulan Bahasa Inggeris 2013

Majlis Penutup Bulan Bahasa Inggeris 2013 telah diadakan dengan ringkas, dan bersemangat. Pelbagai persembahan termasuk Action Song Tahun 1, 2 dan 3 dipersembahkan.

Panitia Bahasa Inggeris ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama dan penglibatan semua pihak terutamanya guru dan murid-murid SK Rungkup.

Tahniah kepada para pemenang!

Lebih banyak gambar akan dimuat naik, In sya Allah..

Food Poisoning


The food you eat may look good and taste delicious, but its appearance and flavor may be deceiving at times. The symptoms of food poisoning can be immediate or gradual, depending on the type of contaminant present in the food. The common signs of food poisoning are vomiting, severe headache, loose bowel movement, weakness, and stomach discomfort. Immediate attention should be given to people suffering from these symptoms.
Call medical help.

Ingestion of contaminated food could lead to serious health conditions, so, once a person suffers from diarrhea or vomiting after eating, suspect that he has been food poisoned. Appropriate medical attention should be given, so, the affected person should be taken to the hospital immediately for proper treatment. Antibiotics are usually given, and they may have to be taken for a few days.
Get adequate rest.

One of the simple food poisoning remedies is complete rest. A person needs rest to recover properly. The immune system of the body will need energy to deal with the disease. While your body recovers from the disease, you will have to stay in bed. Usually, many people are severely affected by the condition that they have no choice but to stay in bed.
Replenish lost fluids and electrolytes.

One of the effects of food poisoning is that the affected person will quickly run out of liquids in their body due to frequent vomiting and LBM, which will make them suffer from dehydration. Increasing fluid intake, therefore, is necessary. In severe cases of fluid loss, if the patient becomes unconscious, fluids may have to be replenished intravenously, meaning, injected into the patient's body. Oral rehydration solution can be given for mild cases. This solution consists of water and some salt and sugar to replenish the lost ions in the body.
You can drink clear soda or soup. Avoid caffeine-laden drinks, which will only make dehydration worse. Drink more than 8 glasses of water a day to keep yourself hydrated. You will know when you are well hydrated by looking at the color of your urine. A clear urine indicates good hydration.
Take ONLY the medications prescribed by your doctor.

Vomiting can be harmful to your esophagus, because the esophageal lining is not designed to withstand stomach acid. The passage of stomach contents through the esophagus may cause esophageal irritation. Stomach acid also erodes the teeth enamel. There are OTC medications that can coat the throat and esophagus to protect them from the stomach acid. In many cases, your condition will improve on its own as long as you keep yourself well hydrated.

Allow your body to get rid of the toxins or bacteria that caused poisoning. You may be tempted to buy anti-diarrhea medications, like Loperamide, but you are discouraged to take these medicines. Their action is to slow down bowel movement, which will inhibit release of digestive tract irritants.
However, you must be responsible and only take the medications that are prescribed by your doctor. No one understands your condition better than your doctor does.

Do not eat too much.

Toxins disrupt the function of your digestive system. Any food you ingest will not be digested properly as you are not completely healed, so, it may only worsen your condition. The less work your stomach has to do, the faster it will recover. You should not eat anything within a few hours after symptoms appear. This will allow your digestive area to settle.

Start eating soft foods, which are easy to digest. Examples are soup, porridge, banana, crackers, or gelatin. Stop eating if you feel like vomiting again or if you feel nauseous.

Isnin, 22 Julai 2013

Hadis Ramadhan

1. Kelebihan Bersahur.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian :
Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


2. Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


3. Hikmah Kewajipan Membayar Zakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

(Riwayat Bukhari)

Huraian :
Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.

Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.


4. Orang-orang Yang Berhak Menerima Zakat.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”
(Imam Ahmad)

Huraian :
Golongan Fakir miskin adalah orang-orang yang hidupnya susah yang terdesak sehingga terdorong meminta sedekah ke sana ke mari.

Terdapat segelintir fakir miskin yang hidupnya sentiasa lapar dan menderita, dan mereka pula tidak rela mengadukan hal kepada orang lain. Keadaan mereka yang menyedihkan itu tidak diketahui umum. Golongan inilah sebenar-benarnya yang miskin, dan merekalah yang lebih layak menerima zakat.

Golongan yang berhak menerima zakat terbahagi kepada lapan asnaf, mereka ialah: orang fakir, orang miskin, amil, golongan muallaf, hamba abdi, orang yang menanggung hutang untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir.

Mereka yang layak menerima zakat pula disyaratkan antaranya; beragama Islam, bukan orang yang ditanggung nafkahnya dan bukan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.


5. Puasa Tanpa Berbuka.

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

”Nabi SAW melarang puasa sambung (terus-menerus tanpa berbuka). Para sahabat bertanya: Bukankah baginda sendiri melakukan puasa wisol? Nabi saw. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak seperti kalian. Aku diberi makan dan minum.”

-

Huraian :
Makan dan minum wajib hukumnya untuk memenuhi keperluan gizi harian agar dapat meneruskan kehidupan. Lantaran itu Islam sebagai agama yang sederhana tidak menuntut umatnya agar melampau dalam mengerjakan ibadat sehingga mendatangkan mudharat. Sebaik-baik ibadah di sisi Allah adalah yang dilakukan secara istiqamah (berterusan) meskipun sedikit di samping berniat ikhlas kerana Allah SWT dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.


6. Ganjaran Puasa Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian :
Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah SWT

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW.

Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT.


7. Berbuka Yang Diharuskan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”

(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Huraian :
Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada’kan semula puasanya di bulan yang lain.

Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis RasulullahSAW menyebutkan yang maksudnya:

” Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.


8. Beradab Ketika Minum.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”

(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.

Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah SWT yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.


9. Sunat Melambatkan Waktu Bersahur.

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah SAW, Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda:

“Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”.

Baginda pun menjawab:

“sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :

Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.

Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur.


10. Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata:

“Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

(Riwayat Muslim)

Huraian :
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insya Allah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

Selamat Menyambut Ramadhan

Nuzul Al-Quran dan Malam Lailatul Qadr

* Dipetik dari laman JAKIM


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan

Selasa, 25 Jun 2013

MAKLUMAN : JEREBU

MAKLUMAN : JEREBU

Ditulis oleh Penolong PPD ICT
Selasa, 25 Jun 2013 09:14

Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
Sekolah-sekolah daerah Hilir Perak

Tuan

BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA IPU (API)

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Alam Sekitar, bacaan indeks pencemaran udara pada jam 7.00 adalah 288.

Sebagai langkah keselamatan berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14,
Jika bacaan IPU (API) melebihi 250 pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah.

Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai fenomena JEREBU di kawasan masing-masing. Maklumat mengenai status IPU (API) juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar Di http://apims.doe.gov.my/apims/

Bacaan untuk darah Hilir Perak boleh dirujuk berdasarkan daerah Seri Manjung, daerah Tanjung Malim ataupun daerah Kuala Selangor.



Dipetik dari laman PPD Hilir Perak

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu

Panduan Kesihatan Untuk Anda

Apakah Jerebu?


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU

Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

Isnin, 10 Jun 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah




Selamat Kembali Ke Sekolah untuk Semester Kedua 2013. Semoga usaha kita lebih berlipat ganda untuk mencapai kejayaan yang kita hajati...

Untuk Murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan September nanti, tingkatkan usaha..

Good Luck!

Sifir 11 cara mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini di perhimpunan, Pn Nurhuda telah berkongsi kaedah mengira sifir 11 dengan pantas.

Begini caranya....

Ambil nombor yang hendak didarabkan dengan 11, bayangkan ada satu ruang antara dua digit nombor berkenaan.(dalam contoh ini kita akan menggunakan nombor 72):

72 x 11=?

Bayangkan nombor 72 sebagai 7_2

Sekarang tambah dua nombor bersama-sama dan tempatkan mereka di tengah-tengah:

7_ (7 +2) _2 = 7_9_2 = 792

Sekelip mata anda mempunyai jawabannya: 792.

Jika nombor di tengah menjadi 2 digit angka apabila dicampurkan, hanya memasukkan nombor kedua dan tambahkan 1 untuk yang pertama:

Contoh: 99 x 11=?

9_ (9 +9) _9 = 9_18_9

(9 +1) _8_9

10_8_9 = 1089

Cara ini memberi jawaban yang betul setiap masa.

Rabu, 22 Mei 2013

Pemeriksaan Gigi

Pemeriksaan Kesihatan Gigi Dengan kerjasama Klinik Kesihatan

Tempat: Bilik KH

Tarikh: 21 Mac hingga 25 Mei 2013

Murid turut diajar cara memberus gigi yang betul.

Peranan dan Tanggungjawab Murid di Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada hari Isnin yang lalu, guru bertugas telah berucap mengenai Tugas dan Tanggungjawab Murid di Sekolah.

Berikut adalah antara isi ucapan beliau:
- Sentiasa mempunyai perwatakan diri yang berdisiplin, bersopan, jujur dan baik.
- Menghormati Guru Besar, Guru-Guru dan orang dewasa.
- Sedia membantu guru-guru dalam menjalankan tugas-tugas yang berhubung dengan akiviti-aktiviti sekolah.
- Memberi salam (Selamat Pagi / Selamat Tengahari / Selamat Petang dan sebagainya)apabila berjumpa guru atau orang dewasa.
- Sedia menawarkan khidmat dan pertolongan kepada mana-mana guru secara sukarela.
- Sentiasa berpakaian kemas, rapi, bersih dan lengkap.
- Rajin belajar dan membuat tugasan sekolah.

Diharap murid-murid dapat membentuk disiplin yang lebih baik untuk menjadi insan yang berjaya.

Isnin, 15 April 2013

Tahniah Adik Iqbal Daniel!

Tahniah diucapkan kepada Adik Iqbal Daniel bin Idris yang telah memenangi Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hilir Perak 2013.



Terima kasih diucapkan kepada Koperal Zulkifli bin Mohd Salleh di atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil.

Ceramah Kebersihan dan Keselamatan Jalan Raya

Cermaha motivasi bertajuk Ceramah Kebersihan dan Keselamatan Jalan Raya telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 15 April 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SK Rungkup
Penceramah: Koperal Zulkifli bin Mohd Salleh dari Pondok Polis Sungai Tiang, Jalan Baroh



Terima kasih diucapkan kepada Koperal Zulkifli bin Mohd Salleh dari Pondok Polis Sungai Tiang, Jalan Baroh di atas kesudian menyampaikan ceramah beliau.

Isnin, 8 April 2013

SAHABAT



Dalam istilah Melayu makna kawan berbeza-beza.Mungkin seseorang itu mempunyai ramai kawan tetapi kawan mana yang dianggap sebagai sahabat ? Sahabat itu mungkin dianggap lebih rapat hubungannya . Manakala kawan pula lebih umum dalam sebuah perhubungan..

Istilah Masyarakat Melayu


K A W A N : Seseorang yang berada bersama-sama pergaulan hari-hari

T E M A N : Seseorang yang bersama-sama melakukan sesuatu , perbualan dan bermain

R A K A N : Seseorang yang berada dalam satu persatuan , sepermainan dan sekerja .

T A U L A N : Kawan , teman , sahabat , rakan handai

S A H A B A T : Teman dan kenalan . Pengikut Nabi



( Rujukan : Kamus Dewan )



Selasa, 2 April 2013

Selamat Menyambut Hari Buku Kana-Kanak Sedunia 2013



SELAMAT MENYAMBUT HARI
BUKU KANAK-KANAK SEDUNIA
2 APRIL 2013


Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa disambut setiap tahun pada 2 April sejak tahun 1967, sempena memperingati hari ulang tahun Hans Christian Andersen yang terkenal dengan cerita kanak-kanaknya seperti “The Litte Mermaid” , “The Ungly Duckling”, dan “The Snow Queen”. Ia diadakan untuk menyemai rasa cinta terhadap aktiviti pembacaan selain mendorong orang dewasa memberi tumpuan yang serius terhadap penerbitan kanak-kanak. Pada setiap tahun pelbagai aktiviti diadakan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, bagi menggalakkan aktiviti pembacaan di perpustakaan dan di sekolah-sekolah sempena Hari Buku Kanak-kanak ini.

Dianjurkan oleh International Board on Books for Young People (IBBY), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili rangkaian orang ramai dari seluruh dunia yang komited untuk menyatukan buku dengan kanak kanak. sambutan peringkat antarabangsa akan dihoskan oleh negara yang berbeza setiap tahun. Malah, seorang penulis terkenal dari negara itu akan dipilih dan dijemput memberikan mesej kepada kanak-kanak di seluruh dunia dengan seorang ilustrator terkenal untuk mereka bentuk poster. Bahan berkenaan akan digunakan untuk mempromosikan buku dan menggalakkan aktiviti pembacaan di perpustakaan dan sekolah-sekolah.

Which Step Have You Taken Today?

Selasa, 12 Februari 2013

Pemberian Ang Pau tradisi utama dalam masyarakat Cina



Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Malam Tahun Baru Cina



Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.




Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei



Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Khamis, 7 Februari 2013

TAWARAN MENGIKUTI INTERNATIONAL LEADERS IN EDUCATION PROGRAM (ILEP) 2014

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran mengikuti International Leaders In Education Program (ILEP) 2014 kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 6hb. Februari hingga 15 Mac 2013. Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat. Harap Maklum

KENYATAAN PROGRAM

BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DAN PELAKSANAAN BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Surat Siaran - Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2013 bagi Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia 2013

Surat Siaran - Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia
Garis Panduan - Bantuan Baucar Buku 1Malaysia

Dipetik dari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia

Rabu, 6 Februari 2013

Khamis, 10 Januari 2013


PERUTUSAN TAHUN BAHARU PPD HILIR PERAK PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2013

PERUTUSAN TAHUN BAHARU PPD HILIR PERAK
PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2013


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan nikmat-Nya, kita dipanjangkan usia untuk melangkah ke tahun 2013. Sesungguhnya dalam kita melangkah ke tahun baharu ini, kita perlu lebih bermuhasabah akan amanah yang telah kita pikul serta lalui pada tahun 2012.
Pendidikan adalah merupakan penyumbang utama dalam membangunkan modal insan yang kamil. Pendidikan perlu dijana secara komprehensif agar mampu menjadi wajah dalam mencetus kreativiti dan inovasi agar modal insan yang kita ada ini mampu dan berupaya untuk bersaing dalam pasaran kerja. Oleh itu, sebagai warga pendidik dan warga pendidikan, kita mempunyai tanggungjawab dan amanah yang sangat berat bagi merealisasikan Transformasi Pendidikan terutamanya dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Antara matlamat dalam melaksanakan Transformasi Pendidikan ini ialah kita mesti memastikan hasil kerja yang kita laksanakan hendaklah berkualiti. Justeru, suatu perancangan dan strategik perlu kita garap secara terancang agar hala tuju untuk mencapai kualiti kerja yang tinggi akan tercapai. Kualiti PdP merupakan wahana paling berkesan untuk meningkatkan keberhasilan murid untuk bersaing di pentas antarabangsa. Keutamaan haruslah diberikan ke arah peningkatan akses dan kualiti pendidikan agar kelangsungan usaha bersepadu ini dapat menjadi peyumbang yang bermakna kepada kualiti pendidikan di negara ini.
Segala ruang dan peluang luas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta kerajaan mestilah kita rebut agar modal insan kita lahir sebagai insan yang berinovatif serta berkemahiran tinggi. Sehubungan dengan itu, antara perancangan yang kita akan jalankan ialah dengan melaksanakan Program AKAR (Agresif Ke Arah ’A’ Realiti). Program ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak didik kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Sesungguhnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Akhir bicara, marilah kita bersama-sama mengharungi perjalanan tahun baharu 2013 ini dengan penuh iltizam serta komited untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan secara berterusan dalam menjana kecemerlangan pendidikan ke arah Hilir Perak nombor 1.