Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Rabu, 25 Mei 2011

Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran

MARAN 18 Mei - Peranan akhbar bukan sahaja menyebarkan maklumat kepada pembaca tetapi juga boleh dijadikan alat pembelajaran untuk guru dan pelajar sekolah ketika sesi pembelajaran.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, walaupun akhbar menyiarkan berita berkaitan isu semasa, di dalamnya terdapat bahan pembelajaran yang boleh dijadikan rujukan.

Sebagai contoh katanya, akhbar Utusan Malaysia memuatkan sisipan seperti Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan Utusan Melayu Mingguan Jawi yang boleh digunakan sebagai bahan ulang kaji dalam mata pelajaran tertentu.

"Jangan disia-siakan kandungan yang terdapat di dalam akhbar itu kerana pelbagai maklumat boleh diperoleh di dalamnya," katanya pada majlis penyerahan akhbar Utusan Malaysia dan peruntukan khas Parlimen Maran di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, di sini, hari ini.

Pejabat Parlimen Maran menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM12,900 untuk diedarkan di 20 sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Tajaan yang memasuki tahun ketiga itu membolehkan para guru dan pelajar sekolah di daerah ini mendapat pelbagai maklumat serta bahan pembelajaran menerusi akhbar itu.

Ismail berkata, pada masa akan datang beliau bercadang untuk meluaskan tajaan akhbar itu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah ini.

Tambahnya, langkah tersebut bertujuan membolehkan pelajar sekolah terbabit menguasai bahasa Melayu dengan lancar dan berkesan.

(Dipetik dari akhbar Utusan Online)

Selasa, 24 Mei 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara. KPM berharap larian tersebut dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Largest Participation of School Students in a Run’.

Majlis ini akan sempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Haji Dato’Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep larian serentak , semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan menganjurkan dan melaksanakan larian serentak1M 1S pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing.

Bersama-sama ini disertakan lampiran Panduan Pelancaran dan Pelaksanaan Larian Serentak 1M1S untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.

Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lain berkenaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M 1S) 1Malaysia di Portal Bahagian Sukan dengan melayari http://www.moe.gov.my/bsukan

Sekian, terima kasih.

Isnin, 23 Mei 2011

Teknik Belajar Berkesan

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.


Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan
Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Cara Belajar

Cara belajar yang betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Lagu Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

SELAMAT HARI GURU!

Ucapan Selamat Hari Guru ini ditujukan semua warga guru Sekolah Kebangsaan Rungkup serta semua guru-guru di Malaysia.

" Dulu DIA pegang rotan KAU kata dia GARANG, Bila DIA lambat masuk ke kelas KAU kata DIA malas,Bila DIA marah-marah KAU kata dia Singa,Bila DIA beri nasihat KAU kata dia mak nenek."
KINI KAU ADALAH DIA...

Selamat Hari Guru
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

"tanpa KAU yang bernama GURU tak mungkin ku kan sampai sehingga ke tahap ini"
Terima Kasih Guru-Guru ku