Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Khamis, 22 Oktober 2009

Kem Membaca 1Malaysia

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan program galakan membaca untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak merupakan satu inisiatif warga pendidikan Negeri Perak bagi menyahut cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional (National Key Results Area) yang ketiga iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam ucapan beliau di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC pada 27 Julai 2009 di Dewan Plenari, PICC Putrajaya, beliau mencadangkan agar Program Kem Membaca 1 Malaysia dilaksanakan.


Objektif

  1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
  2. Menggerakkan program galakan membaca.
  3. Memupuk minat membaca secara berterusan.
Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak akan dilaksanakan mulai 26 Oktober 2009 hingga 5 November 2009. Kem ini melibatkan guru dan murid seluruh Negeri Perak.
[ Sila rujuk Surat Siaran BTPN(PK-UPSP)8871/4/1(60) bertarikh 20 September 2009 : Kem Membaca 1 Malaysia ]


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak dijadualkan berlangsung pada 3 November 2009 di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia. Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Radzi bin Jabar, Pengarah Pelajaran Negeri Perak.
Pemilihan Sekolah Kebangsaan Rapat Setia sebagai tuan rumah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan pada 29 Oktober 2009. Pemilihan ini adalah berdasarkan kecemerlangan yang ditonjolkan dalam pelbagai bidang pendidikan.


Pengisian program

Dalam tempoh tarikh pelaksanaan kem ini, sekolah-sekolah perlu melaksanakan program-program galakan membaca yang bersesuaian dengan aras murid. Antara pengisian yang dicadangkan ialah :

  • Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (serentak seluruh negara)
  • Minit Bersama Buku
  • Projek Kitar Semula Buku
  • Klinik Membaca
  • Bercerita
  • Kuiz Membaca
  • Sketsa
  • Info Hunt/ Jejak Maklumat
  • Membaca Bersama
  • Choral Speaking
  • Penulisan Kreatif
  • Resensi Buku
  • Bacaan Kegemaran Saya
  • Pidato
  • Perbahasan
  • Ulasan Buku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan