Pada minggu ini akan diadakan Minggu Anti Dadah yang dianjurkan oleh unit Anti Dadah SKR bermula dari hari ini 18 Jun 2012.
Isnin (18/6) - Perutusan Sempena Minggu Anti Dadah dibaca oleh En Helmi bin Mohd Nasaruddin.
Selasa - Jumaat - Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Membuat Buku Skrap
Diharap program minggu ini mendapat sambutan dan kerjasama semua pihak.
Anda Pelawat ke...
Isnin, 18 Jun 2012
Sambutan Isra' Mikraj
Kuiz Isra' Mikraj telah dijalankan di perhimpunan pagi sempena Sambutan Isra' Mikraj. Tahniah kepada semua pemenang!
Isnin, 11 Jun 2012
Lawatan Pemantauan
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tetuan dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak ke sekolah kami untuk Pemantauan Berkelompok JPN Perak.
disiarkan dalam Pelita Bahasa April 2011.
MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU MENERUSI
PUSAT SUMBER SEKOLAH
OLEH
ZURIDAH HANIM BT MD. AKHIR
GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN MEDIA SMK CONVENT, ALOR SETAR, KEDAH
Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pusat menyedia, mengumpul, menyimpan, mengedar dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Selaku nadi ilmu di sekolah, Pusat Sumber Sekolah dilihat sebagai agen perubahan yang perlu bergerak seiring dengan perkembangan kurikulum sekolah khususnya dan agenda negara amnya. Samada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah maupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, Pusat Sumber Sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah khususnya murid- murid. Umpama sebuah negara kecil, pihak pengurusan sekolah maupun Guru Perpustakaan Media haruslah berfikiran strategik dengan menjadikan proses memartabatkan bahasa dan meningkatkan penguasaan berbahasa sebagai agenda Pusat Sumber yang perlu direalisasikan.
Usaha-usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu fokus tahunan Pusat Sumber Sekolah membolehkan agenda ini dibincangkan samada dalam Mesyuarat Guru, Mesyuarat Pengurusan, Menyuarat Induk Pusat Sumber Sekolah, Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Program Peningkatan Akademik. Perbincangan sudah pasti akan mencetuskan pelbagai aktiviti yang kreatif dan inovatif. Pendekatan dalam aktiviti ko-akademik yang menyeronokkan dapat memancing perhatian murid-murid terutama dalam aspek penyertaan. Penglibatan menyeluruh warga sekolah membolehkan perancangan pelbagai aktiviti pengkayaan bahasa dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan.
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan salah satu program yang boleh dijalankan. Program pembudayaan amalan membaca ini bukanlah ’hak milik’ Pusat Sumber Sekolah semata-mata tetapi perlu ’dikongsi bersama’ dengan menjadikannya sebagai salah satu Program Mega Sekolah. Pusat Sumber Sekolah selaku peneraju utama boleh mengadakan Kursus Perkembangan Staf dengan memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan Program NILAM serta amalan budaya membaca di sekolah. Penyertaan tidak hanya tertumpu kepada guru-guru Bahasa Melayu semata-mata malah perlu diperluaskan dengan penglibatan semua guru Sejarah, Sains, Geografi, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Perdagangan dan lain-lain mata pelajaran. Penyertaan ini penting supaya guru-guru dapat didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menggalakkan budaya membaca. Secara tidak langsung guru-guru dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran mereka yang lebih menjurus kepada pembacaan aktif. Menerusi pembacaan, para pelajar dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan pembinaan ayat yang betul serta gramatis disamping meluaskan ilmu pengetahuan. Konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat diperluas dan aktiviti pembelajaran bahasa dapat dilaksanakan menerusi penggabungjalinan dengan mata pelajaran lain di sekolah.
Pusat Sumber Sekolah boleh mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam Program Peningkatan Akademik. Di samping menyediakan buku-buku yang berkualiti untuk dibaca, Pusat Sumber Sekolah dapat membantu menyediakan sumber maklumat bagi penulisan karangan bermutu dan penyediaan bahan dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Pusat Sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu mendapatkan bahan pengajaran yang bermutu.
Guru-guru Pusat Sumber Sekolah juga boleh bertindak sebagai pengurus dalam pelaksanaan aktiviti Majalah Dalam Darjah contohnya dengan melanggan Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat yang bakal digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran. Seminar Akhbar dalam Darjah juga boleh dilaksanakan dengan penggabungjalinan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Biasanya aktiviti pengayaan bahasa ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah kerana kekangan waktu guru-guru Bahasa Melayu. Tugas-tugas mengurus aktiviti dapat dikongsi bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber.
Minggu Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan sekiranya dilaksanakan secara bersama dengan Pusat Sumber Sekolah. Radio Sekolah dapat dimanfaatkan dengan menyiarkan maklumat-maklumat berkaitan perbendaharaan kata, kata banyak makna, kesalahan tatabahasa, simpulan bahasa dan peribahasa. Para pelajar akan mencatat sebarang maklumat yang ke udara dalam sebuah buku khas dan digunakan dalam proses belajar. Kuiz Bahasa, Kuiz KOMSAS dan sebarang aktiviti berkaitan dunia sastera boleh dilaksanakan untuk memancing penyertaan. Pertandingan bercerita, berpidato, berpantun, melukis komik KOMSAS, syair, drama, resensi buku dan mengarang boleh dijalankan. Tetapkan syarat bahawa setiap penyertaan perlulah mendapatkan sumber maklumat menerusi pembacaan di Pusat Sumber Sekolah. Disamping mendidik murid-murid berbahasa, mereka turut didedah dengan penerokaan maklumat menerusi kaedah yang betul. Pendedahan ini banyak membantu murid-murid dalam persediaan sebagai pelajar institusi pengajian tinggi kelak.
Guru-guru Pusat Sumber biasanya berkemahiran dalam pelbagai aktiviti literasi maklumat. Waktu rehat atau sebarang waktu senggang boleh digunakan untuk melaksanakan kuiz bahasa, teka silang kata, permainan sahibba, pertandingan menggunakan kamus, membetulkan ayat dan lain-lain permainan kecil bahasa. Pengawas Pusat Sumber dan Rakan Pembaca boleh dilibatkan sebagai pemimpin kecil yang akan menggerakkan aktiviti. Secara tidak langsung, bakat kepimpinan dan ilmu mengurus dapat didedahkan kepada para murid. Semasa ketiadaan guru lain di dalam kelas kerana cuti sakit atau keluar berkursus, Guru Pusat Sumber boleh menggunakan kesempatan ini memberi pendidikan literasi maklumat merentasi Bahasa Melayu. Antaranya, kemahiran yang boleh didedahkan ialah kaedah penyediaan peta minda, teknik menggunakan kamus dengan betul, kaedah membaca cepat dan berkesan, mandala ingatan serta kemahiran perpustakaan untuk mencari maklumat. Penglibatan pelajar dalam pembentangan dan perbincangan kumpulan dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
Persekitaran sekolah yang ceria turut menjadi faktor keseronokan ke sekolah. Biasanya, Guru Pusat Sumber ditugaskan untuk menyelaras program Laluan Ilmu. Alangkah indahnya jika persekitaran sekolah dihiasi dengan pelbagai perumpamaan, peribahasa dan simpulan bahasa yang disertakan dengan makna. Malah tidak semua guru-guru lain dan kakitangan sekolah arif dengan makna serta penggunaannya. Aktiviti Kembara Bahasa dengan menggunakan laluan ilmu boleh dijalankan. Kembara Bahasa juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ’pembinaan kumpulan’ dalam aktiviti kursus guru dan staf. Wujudkan sudut-sudut berpidato dan sudut bercerita di persekitaran sekolah. Malah wartawan-wartawan muda juga boleh dilahirkan menerusi Buletin Pusat Sumber Sekolah. Penguasaan Bahasa Melayu guru-guru juga boleh ditingkatkan menerusi Pertandingan Guru Paling Banyak Membaca, Pertandingan Guru Paling Kerap ke Pusat Sumber atau Guru Paling Fasih Berbahasa Melayu (bagi guru bukan Melayu). Senario ini akan menyumbangkan persekitaran kerja yang sihat dan menyeronokkan.
Peranan Pusat Sumber Sekolah adalah luas. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya bijak menggunakan Pusat Sumber dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam peningkatan pencapaian akademik. Jawatan Guru Perpustakaan Media sepenuh masa yang hanya mengajar 6 hingga 12 waktu seminggu haruslah dioptimumkan sepenuhnya sebagai penggerak kepada pelbagai aktiviti pengayaan bahasa dalam mencapai hasrat meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Murid-murid sebenarnya lebih seronok belajar dalam situasi tidak formal dan aktiviti yang membolehkan mereka bergerak aktif. Secara tidak langsung hasrat untuk merealisasikan golongan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi dapat dicapai. Sesungguhnya proses memartabatkan bahasa seharusnya bermula di sekolah. Akar Bahasa Manifestasi Negara Bangsa.
Rujukan
Perancangan Strategik PSS SMK Convent 2006-2010, Alor Setar: Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent, 2006
Laporan Tahunan PSS SMK Convent 2006-2008, Alor Setar: : Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent, 2009

Langgan:
Catatan (Atom)