Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Khamis, 1 November 2012

Kembara Buku 1Malaysia 2012

Semua dijemput hadir...


Peribahasa Hari Ini

Peribahasa : Burung terbang dipipiskan lada.

Takrif : Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Isnin, 29 Oktober 2012

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan

Majlis Pelancaran BBK 2012 Sektor Pendidikan akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 31hb Oktober 2012
Masa: 2.30 ptg
Tempat: SJK(C) Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.moe.gov.my

Ahad, 28 Oktober 2012

Rabu, 10 Oktober 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan



Pengenalan

- BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Suatu gerakan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
- Kegiatan-kegiatan khusus BBK dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Oktober.
- Tahun 2012 merupakan tahun ke-14 program ini diadakan.

Matlamat

- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan citra serta jati diri bangsa dan negara;
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan;
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.




Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rabu, 3 Oktober 2012

Ekspo Malaysiaku 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) akan menganjurkan Ekspo MALAYSIAKU 2012 pada 5-7 Oktober 2012 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Ekspo ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai, terutamanya generasi muda mengimbau kembali sejarah pembangunan pesat negara sejak kemerdekaan. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.epu.gov.my/Ekspo-Malaysiaku .

Semua dijemput hadir.

Isnin, 3 September 2012

Kad Raya Gergasi

Sempena Bulan Ramadhan yang lalu, Panitia Agama Islam telah mengadakan Pertandingan Membuat Kad Raya Gergasi yang telah disertai oleh murid-murid Prasekolah, Pendidikan Khas dan Tahun 1 hingga 5. Berikut adalah antara kad-kad tersebut:







Kuiz Kemerdekaan




Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menjawab Kuiz Kemerdekaan pada minggu ini!

Pameran Sempena Bulan Kemerdekaan


Pameran Sempena Bulan Kemerdekaan sedang berlangsung di sekitar kawasan kantin sekolah. Pameran tersebut mempunyai banyak info terutamanya mengenai sejarah Kemerdekaan Negara. Ia djuga digunakan sebagai salah satu sumber maklumat bagi murid Tahap 2 untuk menyiapkan Porfolio mereka.

Jomla bersama ke pameran...


Lagi Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Pada 13hb Ogos 2012 yang lalu, satu persembahan telah disampaikan oleh adik Nur Salina binti Sulaiman dari Tahun 2. Beliau telah menceritakan maksud Jalur Gemilang.



Bendera turut dipasang di perlbagai sudut di sekitar sekolah, termasuklah di Prasekolah yang mana teah dipasang oleh Pn Nurhuda dan Pn Zarah Sufina.



Pada 30 Ogos yang lalu pula telah diadakan Pertandingan Mewarna Tahap 1, Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas.



Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan murid.

Isnin, 13 Ogos 2012

Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke-55

Lagu tema Hari kemerdekaan 2012 - 55 Tahun

Hari Pahlawan - 31 Julai




Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Jika mengambil kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga digelar pahlawan.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Ini bermakna, negarawan, ahli-ahli politik malah juga orang-orang persaorangan atau pun kumpulan yang bermandi darah dan keringat, berjuang dengan cara masing-masing dengan hasrat yang sama iaitu untuk membebaskan bumi Malaysia dari cengkaman penjajah dan pertualang-pertualang yang mengkhianati bangsa dan negara sendiri demi kelangsungan ideologi dan perjuangan mereka untuk menjadikan negara ini bukan sebuah negara demokratik adalah merupakan dari kelompok pahlawan.

Oleh kerana mereka berjuang bukan atas nama mana-mana organisasi berunifom, adalah menjadi sukar untuk mengesan jejak-jejak mereka untuk sama-sama didokumentasikan sebagai pejuang sebaris dengan pahlawan-pahlawan yang tersenarai dalam rekod sejarah negara.

Walau apa pun tafsiran, jasa dan pengorbanan mereka yang tiada tolok banding nilainya di sisi sejarah telah menjadi titik tolak kepada kecemerlangan pembangunan negara hari ini. Mereka datang bukan hanya dari satu bangsa majoriti malah mewakili bangsa-bangsa minoriti yang lain.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

31 Julai saban tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.

Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.

Rabu, 1 Ogos 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya

Tiap satu pahala ibadah
70 ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan 1000 bulan

(= InsyaAllah =)

Ihya' Ramadhan

Sempena Bulan Ramadhan yang Barakah ini, pelbagai program telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.


Kuiz Ihya' Ramadhan


Tadarus Al-Quran


Pertandingan Mengalukan Iqamah


Pertandingan Azan

Diharap semua pihak terus memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.

Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..

Logo Kemerdekaan 55 Tahun

Perasmian Sambutan Kemerdekaan

Perasmian Sempena Bulan Kemerdekaan telah berlangsung pada 30hb Julai 2012 di Kantin Sekolah. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hamidah Nor binti Mat @ Ahmad, Guru Besar SK Rungkup.
Berikut antara gambar yang sempat dirakam:


Ucapan Perasmian


Simbolik Perasmian

Rabu, 18 Julai 2012

Sekitar Pelancaran Bulan Membaca 2012

Pelancaran Bulan Membaca Kebangsaan telah diadakan di peringkat SK Rungkup pada 16 Julai yang lalu.

Tempat: Kantin Sekolah
Masa: 8.00 pagi
Disempurnakan oleh: Saudara Faisal Husaini bin Sofian (Ketua Pengawas PSS)


Isnin, 16 Julai 2012

Budaya Kerja Kelas Pertama

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan di SK Rungkup seperti yang berikut:

Tajuk: Budaya Kerja Kelas Pertama
Tarikh: 9 Julai 2012
Hari: Isnin
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Makmal Komputer, SK Rungkup

Ceramah telah disampaikan oleh Tn hj Gulam Muzammil bin PK Mohamed, Penolong Pengarah Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Perak.

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SK Rungkup dan guru-guru dari SK Sungai Balai.

Adalah diharap agar ilmu yang diterima dapat dipraktikkan dalam pembudayaan kerja yang lebih efisyen.

Isnin, 2 Julai 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Acara Senamrobik 1murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 10 Julai 2012
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Kejat SKR

Semua murid dan guru dijemput untuk memeriahkan suasana.

Kejohanan Sukan dan Balapan SKR 2012



Kejohanan Balapan dan Padang SKR telah pun diadakan pada Khamis 28 Jun 2012 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG, ibubapa, murid-murid dan semua guru yang telah berganding bahu dan tenaga untuk menjayakan Kejohanan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Wira kerana telah memenangi Johan Rumah Sukan. Tahniah juga diucapkan kepada Adik Raja Muhd Razef bin Raja Haron yang telah terpilih sebagai olahragawan sekolah dan adik Nurul Syuhada sebagai olahragawati sekolah.

Tahniah juga kepada semua yang telah berjaya dalam acara sukan yang telah dipertandingkan.

Badan Cergas, Minda Cerdas!



Isnin, 18 Jun 2012

Minggu Anti Dadah

Pada minggu ini akan diadakan Minggu Anti Dadah yang dianjurkan oleh unit Anti Dadah SKR bermula dari hari ini 18 Jun 2012.

Isnin (18/6) - Perutusan Sempena Minggu Anti Dadah dibaca oleh En Helmi bin Mohd Nasaruddin.

Selasa - Jumaat - Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Membuat Buku Skrap

Diharap program minggu ini mendapat sambutan dan kerjasama semua pihak.

Sambutan Isra' Mikraj

Kuiz Isra' Mikraj telah dijalankan di perhimpunan pagi sempena Sambutan Isra' Mikraj. Tahniah kepada semua pemenang!

Isnin, 11 Jun 2012

Promo MBMMBI

Promo MBMMBI boleh dicapai dari laman berikut:

Promo MBMMBI

Lawatan Pemantauan

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tetuan dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak ke sekolah kami untuk Pemantauan Berkelompok JPN Perak.
disiarkan dalam Pelita Bahasa April 2011.

MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU MENERUSI

PUSAT SUMBER SEKOLAH

OLEH

ZURIDAH HANIM BT MD. AKHIR

GURU CEMERLANG PERPUSTAKAAN MEDIA SMK CONVENT, ALOR SETAR, KEDAH

Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pusat menyedia, mengumpul, menyimpan, mengedar dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Selaku nadi ilmu di sekolah, Pusat Sumber Sekolah dilihat sebagai agen perubahan yang perlu bergerak seiring dengan perkembangan kurikulum sekolah khususnya dan agenda negara amnya. Samada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah maupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, Pusat Sumber Sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah khususnya murid- murid. Umpama sebuah negara kecil, pihak pengurusan sekolah maupun Guru Perpustakaan Media haruslah berfikiran strategik dengan menjadikan proses memartabatkan bahasa dan meningkatkan penguasaan berbahasa sebagai agenda Pusat Sumber yang perlu direalisasikan.

Usaha-usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu fokus tahunan Pusat Sumber Sekolah membolehkan agenda ini dibincangkan samada dalam Mesyuarat Guru, Mesyuarat Pengurusan, Menyuarat Induk Pusat Sumber Sekolah, Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Program Peningkatan Akademik. Perbincangan sudah pasti akan mencetuskan pelbagai aktiviti yang kreatif dan inovatif. Pendekatan dalam aktiviti ko-akademik yang menyeronokkan dapat memancing perhatian murid-murid terutama dalam aspek penyertaan. Penglibatan menyeluruh warga sekolah membolehkan perancangan pelbagai aktiviti pengkayaan bahasa dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan.

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan salah satu program yang boleh dijalankan. Program pembudayaan amalan membaca ini bukanlah ’hak milik’ Pusat Sumber Sekolah semata-mata tetapi perlu ’dikongsi bersama’ dengan menjadikannya sebagai salah satu Program Mega Sekolah. Pusat Sumber Sekolah selaku peneraju utama boleh mengadakan Kursus Perkembangan Staf dengan memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan Program NILAM serta amalan budaya membaca di sekolah. Penyertaan tidak hanya tertumpu kepada guru-guru Bahasa Melayu semata-mata malah perlu diperluaskan dengan penglibatan semua guru Sejarah, Sains, Geografi, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Perdagangan dan lain-lain mata pelajaran. Penyertaan ini penting supaya guru-guru dapat didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menggalakkan budaya membaca. Secara tidak langsung guru-guru dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran mereka yang lebih menjurus kepada pembacaan aktif. Menerusi pembacaan, para pelajar dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan pembinaan ayat yang betul serta gramatis disamping meluaskan ilmu pengetahuan. Konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat diperluas dan aktiviti pembelajaran bahasa dapat dilaksanakan menerusi penggabungjalinan dengan mata pelajaran lain di sekolah.

Pusat Sumber Sekolah boleh mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam Program Peningkatan Akademik. Di samping menyediakan buku-buku yang berkualiti untuk dibaca, Pusat Sumber Sekolah dapat membantu menyediakan sumber maklumat bagi penulisan karangan bermutu dan penyediaan bahan dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Pusat Sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu mendapatkan bahan pengajaran yang bermutu.

Guru-guru Pusat Sumber Sekolah juga boleh bertindak sebagai pengurus dalam pelaksanaan aktiviti Majalah Dalam Darjah contohnya dengan melanggan Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat yang bakal digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran. Seminar Akhbar dalam Darjah juga boleh dilaksanakan dengan penggabungjalinan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Biasanya aktiviti pengayaan bahasa ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah kerana kekangan waktu guru-guru Bahasa Melayu. Tugas-tugas mengurus aktiviti dapat dikongsi bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber.

Minggu Bahasa Melayu dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan sekiranya dilaksanakan secara bersama dengan Pusat Sumber Sekolah. Radio Sekolah dapat dimanfaatkan dengan menyiarkan maklumat-maklumat berkaitan perbendaharaan kata, kata banyak makna, kesalahan tatabahasa, simpulan bahasa dan peribahasa. Para pelajar akan mencatat sebarang maklumat yang ke udara dalam sebuah buku khas dan digunakan dalam proses belajar. Kuiz Bahasa, Kuiz KOMSAS dan sebarang aktiviti berkaitan dunia sastera boleh dilaksanakan untuk memancing penyertaan. Pertandingan bercerita, berpidato, berpantun, melukis komik KOMSAS, syair, drama, resensi buku dan mengarang boleh dijalankan. Tetapkan syarat bahawa setiap penyertaan perlulah mendapatkan sumber maklumat menerusi pembacaan di Pusat Sumber Sekolah. Disamping mendidik murid-murid berbahasa, mereka turut didedah dengan penerokaan maklumat menerusi kaedah yang betul. Pendedahan ini banyak membantu murid-murid dalam persediaan sebagai pelajar institusi pengajian tinggi kelak.

Guru-guru Pusat Sumber biasanya berkemahiran dalam pelbagai aktiviti literasi maklumat. Waktu rehat atau sebarang waktu senggang boleh digunakan untuk melaksanakan kuiz bahasa, teka silang kata, permainan sahibba, pertandingan menggunakan kamus, membetulkan ayat dan lain-lain permainan kecil bahasa. Pengawas Pusat Sumber dan Rakan Pembaca boleh dilibatkan sebagai pemimpin kecil yang akan menggerakkan aktiviti. Secara tidak langsung, bakat kepimpinan dan ilmu mengurus dapat didedahkan kepada para murid. Semasa ketiadaan guru lain di dalam kelas kerana cuti sakit atau keluar berkursus, Guru Pusat Sumber boleh menggunakan kesempatan ini memberi pendidikan literasi maklumat merentasi Bahasa Melayu. Antaranya, kemahiran yang boleh didedahkan ialah kaedah penyediaan peta minda, teknik menggunakan kamus dengan betul, kaedah membaca cepat dan berkesan, mandala ingatan serta kemahiran perpustakaan untuk mencari maklumat. Penglibatan pelajar dalam pembentangan dan perbincangan kumpulan dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.

Persekitaran sekolah yang ceria turut menjadi faktor keseronokan ke sekolah. Biasanya, Guru Pusat Sumber ditugaskan untuk menyelaras program Laluan Ilmu. Alangkah indahnya jika persekitaran sekolah dihiasi dengan pelbagai perumpamaan, peribahasa dan simpulan bahasa yang disertakan dengan makna. Malah tidak semua guru-guru lain dan kakitangan sekolah arif dengan makna serta penggunaannya. Aktiviti Kembara Bahasa dengan menggunakan laluan ilmu boleh dijalankan. Kembara Bahasa juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ’pembinaan kumpulan’ dalam aktiviti kursus guru dan staf. Wujudkan sudut-sudut berpidato dan sudut bercerita di persekitaran sekolah. Malah wartawan-wartawan muda juga boleh dilahirkan menerusi Buletin Pusat Sumber Sekolah. Penguasaan Bahasa Melayu guru-guru juga boleh ditingkatkan menerusi Pertandingan Guru Paling Banyak Membaca, Pertandingan Guru Paling Kerap ke Pusat Sumber atau Guru Paling Fasih Berbahasa Melayu (bagi guru bukan Melayu). Senario ini akan menyumbangkan persekitaran kerja yang sihat dan menyeronokkan.

Peranan Pusat Sumber Sekolah adalah luas. Pihak pengurusan sekolah sewajarnya bijak menggunakan Pusat Sumber dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah khususnya dalam peningkatan pencapaian akademik. Jawatan Guru Perpustakaan Media sepenuh masa yang hanya mengajar 6 hingga 12 waktu seminggu haruslah dioptimumkan sepenuhnya sebagai penggerak kepada pelbagai aktiviti pengayaan bahasa dalam mencapai hasrat meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Murid-murid sebenarnya lebih seronok belajar dalam situasi tidak formal dan aktiviti yang membolehkan mereka bergerak aktif. Secara tidak langsung hasrat untuk merealisasikan golongan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi dapat dicapai. Sesungguhnya proses memartabatkan bahasa seharusnya bermula di sekolah. Akar Bahasa Manifestasi Negara Bangsa.

Rujukan

Perancangan Strategik PSS SMK Convent 2006-2010, Alor Setar: Sekolah Menengah

Kebangsaan Convent, 2006

Laporan Tahunan PSS SMK Convent 2006-2008, Alor Setar: : Sekolah Menengah

Kebangsaan Convent, 2009

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru!!

Tema Hari Guru Tahun 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Objektif Hari Guru

->Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

->Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

->Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

->Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

->Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

->Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Lagu Hari Guru


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara



Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif


Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara

Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binalah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan

Saringan Khas Linus Tahun 2

Dimaklumkan bahawa Saringan Khas Linus Tahun 2 akan dijalankan pada 17 Mei 2012 di SK Rungkup. Saringan akan bermula jam 11 pagi pada hari tersebut.

MENU PERKATAAN DAN DAFTAR ISTILAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MENU PERKATAAN DAN DAFTAR ISTILAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Menu Perkataan dan Daftar Istilah Sains dan Matematik bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik. Menu perkataan dan daftar istilah tersebut telah dimuat naik ke dalam portal rasmi KPM. Sehubungan itu, semua guru dan murid boleh mengakses menu tersebut dengan melayari http://www.moe.gov.my/index.php?id=328&lang=my sebagai rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Perincian Panduan Penggunaan Menu Perkataan dan Daftar Istilah tersebut adalah seperti dalam Lampiran di bawah. Lampiran - Panduan Penggunaan Menu Perkataan dan Daftar Istilah

Rabu, 25 April 2012

Keratan Akhbar

A

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Semua guru dan murid dijemput menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Isnin, 2 April 2012

Perasmian Program Nilam 2012

Perasmian Program Nilam 2012 telah diadakan pada 2hb April 2012 (Isnin). Berikut adalah gambar ketika majlis perasmian berlangsung.