Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Anda Pelawat ke...

Selasa, 13 Disember 2011

PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Berikut merupakan pekeliling perkhidmatan yang boleh dimuat turun. Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun pekeliling yang berkaitan:

Guru
http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html

Umum
http://www.moe.gov.my/sbpa/umum/index.html

PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA TAHUN 2011

Semua guru diminta untuk menjawab instrumen SGM dalam talian (online) menerusi http://apps.moe.gov.my/sgm sehingga 31 Disember 2011 seperti surat dari JPN bil: J.Pel.Pk(SM)1490 Jld.4(12) bertarikh 18 NOVEMBER 2011 yang telah dihantar ke sekolah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tuan Haji Sahid, PPPD Sekolah Menengah.

catatan: http://apps.moe.gov.my/sgm
id pengguna: (no kad pengenalan) contoh:610213085072
kata laluan : (4 angka terakhir no. kp) ch :- 5072

dipetik dari laman ppdhilirperak.

Isnin, 14 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS

Terima kasih diucapkan kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS 2011 telah diadakan pada 11 November 2011 bagi menghargai jasa mereka. :)

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2011

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah 2011 telah diadakan seperti berikut:
Hari : Isnin
Tarikh : 14/11/2011
Masa : 2.00 petang
Dirasmikan oleh Tn Hj Subril bin Md Saad (YDP PIBG SABDA)

Terima kasih diucapkan di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang telah menjayakan program ini. Ucapan Tahniah juga ditujukan buat murid-murid yang telah berjaya baik dalam bidang akademik serta ko-kuruikulum 2011. Tahniah!

Khamis, 27 Oktober 2011

Kem Membaca 1Malaysia

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) akan berlangsung selama satu minggu bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.
Program Read2011: One Nation Reading Together juga akan dijalankan serentak dengan Program KM1M 2011.

Pelancarannya akan dilakukan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 November 2011 ( Rabu)
Masa : 9.30 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : SK Bukit Damansara dan juga sekolah-sekolah yang telah mendaftar melalui www.readtogether.com.my

Tema : Pembacaan Pemangkin 1Malaysia

Sabtu, 15 Oktober 2011

Bulan Bahasa 2011

Unit PSS dengan kerjasama Panitia BM dan Panitia BI telah merangka pelbagai program sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah tahun 2011.

Program ini akan berjalan sepanjang bulan Oktober bermula 3 Oktober 2011 - 31 Oktober 2011.

Perasmian Bulan Bahasa telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn Hjh Hamidah Nor binti Ahmad pada 3 Oktober 2011 yang lalu.

Diharap program ini mendapat sambutan dan kerjasama semua pihak.

"1 Negara 1 Bangsa 1 Bahasa"

Isnin, 3 Oktober 2011

ADIK@LPPKN: PIMPIN DAN BIMBING




Satu ceramah akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 11.00pg - 2.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer
Tajuk Ceramah : Adik@LPPKN: Pimpin dan Bimbing
Penceramah : Pn Puteri Atiah binti Megat Rafie
Sasaran : Murid Tahun 6

Di samping itu juga, akan diadakan Pemeriksaan Kesihatan seperti yang berikut:

Tarikh : 5 Oktober 2011
Masa : 11.00pg - 2.00 ptg
Tempat : PSS
Bayaran : RM10.00
Sasaran : Warga SKR dan penduduk setempat

Semoga program ini mendapat sambutan dan sokongan semua pihak.

Selasa, 27 September 2011

Temasya Balapan dan Olahraga Kali Ke-27

Sukacita dimaklummkan bahawa Temasya Balapan dan Padang Kali ke 27 2011 akan diadakan seperti berikut:

Masa: 2.00 ptg
Tarikh: 29 September 2011
Tempat: Padang Sekolah

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan hadiah dan hamper. Mari bersama memeriahkan Temasya Sukan kita!

Rabu, 10 Ogos 2011

Program Ihya' Ramadhan - Pertandingan Banner

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, satu program Ihya' Ramadhan telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKR. Saah satu daripadanya adalah Pertandingan Banner... Waahhhh!!! Cantik sungguh banner yang digantung di kawasan sekolah. Menambahkan seri sekolah!









Tahniah dan Syabas diucapkan kepada guru dan murid yang terlibat!

Isnin, 1 Ogos 2011

Marhaban Ya Ramadhan



Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Isnin, 4 Julai 2011

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR akan dijalankan seperti berikut:

SELASA - 12 JULAI 2011

8.10 - 9.00 pg 011 Bahasa Melayu - Ujian Pemahaman SK
9.40 - 10.55 pg 012 Bahasa Melayu - Ujian Penulisan SK
11.40 - 12.20 tghari 015/2 Matematik Kertas 2 SK

RABU - 13 JULAI 2011

8.10 - 9.00 pg 015/1 Matematik Kertas 1 SK

KHAMIS - 14 JULAI 2011

8.10 - 9.25 pg 018 Sains SK
10.10 - 11.00 pg 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 SK
11.40 - 12.20 tghari 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 SK

PROMOSI PORTAL PENDIDIKAN SAINS ANGKASA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan pihak ANGKASA telah membangunkan satu laman web khas berbentuk interaktif pada penghujung tahun 2010. Ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman murid berkenaan astronomi dan sains angkasa.

Untuk makluman pihak tuan/puan, kandungan laman web ini dibangunkan khusus berdasarkan kepada kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 yang berkaitan sains angkasa dan astronomi. Pendekatan yang digunakan adalah dalam pelbagai bentu multimedia seperti pengembaraan, permainan dan sebagainya. Pihak sekolah boleh mengakses portal http://astronomi.angkasa.gov.my untuk melihat laman web tersebut. Walaubagaimanapun, para pengunjung perlu mendaftar sebagai ahli untuk mengakses ke semua kandungan laman web tersebut dengan sepenuhnya. Pendaftaran adalah percuma.

Khamis, 23 Jun 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

Pelaksanaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Sekolah masing-masing

Rabu, 25 Mei 2011

Guna akhbar sebagai bahan pembelajaran

MARAN 18 Mei - Peranan akhbar bukan sahaja menyebarkan maklumat kepada pembaca tetapi juga boleh dijadikan alat pembelajaran untuk guru dan pelajar sekolah ketika sesi pembelajaran.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, walaupun akhbar menyiarkan berita berkaitan isu semasa, di dalamnya terdapat bahan pembelajaran yang boleh dijadikan rujukan.

Sebagai contoh katanya, akhbar Utusan Malaysia memuatkan sisipan seperti Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dan Utusan Melayu Mingguan Jawi yang boleh digunakan sebagai bahan ulang kaji dalam mata pelajaran tertentu.

"Jangan disia-siakan kandungan yang terdapat di dalam akhbar itu kerana pelbagai maklumat boleh diperoleh di dalamnya," katanya pada majlis penyerahan akhbar Utusan Malaysia dan peruntukan khas Parlimen Maran di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, di sini, hari ini.

Pejabat Parlimen Maran menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM12,900 untuk diedarkan di 20 sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Tajaan yang memasuki tahun ketiga itu membolehkan para guru dan pelajar sekolah di daerah ini mendapat pelbagai maklumat serta bahan pembelajaran menerusi akhbar itu.

Ismail berkata, pada masa akan datang beliau bercadang untuk meluaskan tajaan akhbar itu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah ini.

Tambahnya, langkah tersebut bertujuan membolehkan pelajar sekolah terbabit menguasai bahasa Melayu dengan lancar dan berkesan.

(Dipetik dari akhbar Utusan Online)

Selasa, 24 Mei 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, Kementerian Pelajaran akan menganjurkan Majlis Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) pada 02 Julai 2011 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak pada 7.45 pagi. Aktiviti utama pelancaran tersebut adalah Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara. KPM berharap larian tersebut dapat dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Largest Participation of School Students in a Run’.

Majlis ini akan sempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Haji Dato’Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep larian serentak , semua JPN / PPD / Sekolah / IPGM / Matrikulasi dikehendaki terlibat dalam Pelancaran Dasar 1M 1S dengan menganjurkan dan melaksanakan larian serentak1M 1S pada hari dan waktu yang sama anjuran masing-masing.

Bersama-sama ini disertakan lampiran Panduan Pelancaran dan Pelaksanaan Larian Serentak 1M1S untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.

Y.Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lain berkenaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan (1M 1S) 1Malaysia di Portal Bahagian Sukan dengan melayari http://www.moe.gov.my/bsukan

Sekian, terima kasih.

Isnin, 23 Mei 2011

Teknik Belajar Berkesan

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.


Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


s-sumarize [ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan
Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Cara Belajar

Cara belajar yang betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Lagu Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(Tempo = 120)


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

SELAMAT HARI GURU!

Ucapan Selamat Hari Guru ini ditujukan semua warga guru Sekolah Kebangsaan Rungkup serta semua guru-guru di Malaysia.

" Dulu DIA pegang rotan KAU kata dia GARANG, Bila DIA lambat masuk ke kelas KAU kata DIA malas,Bila DIA marah-marah KAU kata dia Singa,Bila DIA beri nasihat KAU kata dia mak nenek."
KINI KAU ADALAH DIA...

Selamat Hari Guru
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

"tanpa KAU yang bernama GURU tak mungkin ku kan sampai sehingga ke tahap ini"
Terima Kasih Guru-Guru ku

Isnin, 7 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36 akan diadakan seperti yang berikut:
Tarikh: 10 Mac 2011
Hari: Khamis
Masa: 2.30 petang

Kehadiran dan kerjasama semua ibu bapa dan guru amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 17 Februari 2011

Disleksia bukannya satu penyakit

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang- orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan

Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.

Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t–hf–v

Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat

Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.

Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar

Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental.

Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3–5–8
9–6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.

sumber: Laman Linus PPD Hilir Perak

Jumaat, 11 Februari 2011

TIP SERONOK BELAJAR DI DALAM KELAS

1.TEMPAT DUDUK YANG SESUAI
Carilah tempat duduk yang sesuai dan berhampiran dengan guru semasa pembelajaran.

2.BERKENALAN
Berkenalanlah dengan rakan-rakan sekelas untuk mewujudkan persaingan yang sihat untuk berjaya.

3.HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN GURU
Binalah dan hormati guru agar segala ilmu yang dicurahkan akan diberkati.

4.PENDENGAR YANG BAIK
Kuasai kemahiran mendengar dengan baik agar mudah memahami pelajaran.

5.TIDAK MALU BERTANYA
Jangan malu bertanya supaya lebih faham dan mungkin persoalan tersebut penting dalam peperiksaan.

6.MENGELUARKAN PENDAPAT
Jangan malu memberi pendapat.Pendapat tersebut mungkin penting dan berguna dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan.

7.MELIBATKAN AKTIVITI DALAM KELAS
Melibatkan diri dalam aktiviti kelas membuatkan ia lebih seronok dan dapt mengukuhkan pemahaman terhadap pelajaran.

Pagi ini, tepat jam 9.00 pagi semua warga SMKBS berpeluang menyaksikan secara langsung Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia

Pagi Khamis, tepat jam 9.00 pagi semua warga SKR berpeluang menyaksikan secara langsung Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin B. Yassin di Dewan SKR. Semoga amanat beliau dapat dipraktikkan sebaik mungkin. Amin.

Selamat Datang.... Guru Baru

Pihak Sekolah ingin mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke Sekolah Kebangsaan Rungkup.

a) En Ahmad Athori
b) En Abdullah Syukur

Semoga kita dapat sama-sama memikul amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.